Thursday, December 18, 2008

nth

[scribd id=2157193 key=key-2gsru24tfyyut191up0c]

Monday, August 25, 2008

kami hamba mu ya Allah


Assalamualaikum wrt..Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa 'ala aalihi wa ashabihi wa man waalaah.. amma ba'du:Saudara-saudara seagamaku yang saya kasihi.. Kehidupan kita di dunia ini hanyalah pinjaman. Kehidupan sebenar kita adalah setelah mati. Kejayaan yang kita kecapi di dunia ini adalah bersifat sementara sahaja. Kita pernah berjaya dalam satu peperiksaan, tapi tidak ada jaminan untuk kita tidak gagal dalam peperiksaan berikutnya. Namun, kejayaan di akhirat kelak adalah kejayaan yang haqiqi. Kejayaan yang tidak lagi disusuli dengan sebarang kebarangkalian untuk gagal. Kejayaan yang selamanya.




Nikmat di sana adalah nikmat yang tidak pernah terfikir oleh akal kita, tidak pernah terpandang oleh mana-mana mata manusia di dunia ini, dan tidak pernah pula terlintas dalam hati mana-mana manusia. Berkumpullah semua pelukis handalan dunia, bersatu dalam melakar satu ilustrasi paling indah yang mungkin dianggap lukisan atau lakaran terhebat dan tercantik di dunia ini, demi Allah sedikit pun tidak sama dengan jannah yang Allah sediakan untuk para hambaNya yang mentaatiNya. Yakinlah. Tidak sama!! Akal dan fikiran kita tersangatlah cetek dan dangkal untuk bisa membayangkan nikmat syurga. Yang pasti, itulah sifat syurga yang direncanakan oleh Baginda s.a.w sebagai tasyji' dan targhib kepada kita untuk beramal. Sama-samalah kita beramal hanya kerana Allah, dalam masa yang sama mengharapkan redha dan jannahNya. Amin Amin Amin..

Saudara-saudaraku, ingatlah bahawa kekuatan dan apa jua yang ada pada kita adalah sangat terbatas. Allah Maha Memiliki segalanya. Dialah yang memelihara kita sejak kecil, bahkan semasa kita masih di alam kandungan lagi. Justeru, usahlah kita sombong dengan Allah. kita selalu sahaja melanggar perintah Allah, dan melakukan apa yang dilarangNya. Tidak takutkah kita dengan janji Allah? Ya, Allah itu Maha Penyayang, dalam pada itu azab Allah juga adalah sangat dahsyat.

Saudara-saudaraku yang amat saya kasihi,Sebanyak manakah kita gugurkan airmata kita kerana takutkan azabnya? Sebanyak mana pula airmata kita membasahi pipi hina kita kerana rasa rindu yang membungkam kepadaNya? Apakah kita tidak pernah rindukan Allah, sedangkan Dialah cinta pertama dan abadi kita?

Saudara-saudaraku,saya berazam untuk amat mencintai Allah dan RasulNya s.a.w, dan saya menyeru antum semua, agar marilah kita mulakan episod baru kita dalam soal cinta. Sudah lama kita tersalah atau tersasar dari cinta sebenar. Marilah kita berusaha menjadi kekasih Allah. Benar di sana banyak ujian yang akan datang, tapi apakah kita lupa bahawa penghulu kita yang juga kekasih Allah yang amat menyintaiNya diuji sebegitu sekali, namun tetap sabar. Allah tidak akan menguji kita diluar batas kemampuan kita whai saudara-saudaraku. Ayuh, ayuh sama-sama kita berjuang, tentang habis-habisan nafsu kita yang tidak sudah-sudah cuba menjahanamkan kita. Ayuh kita isytihar jihad menentang hawa nafsu kita.. TAKBIR!!!! TAKBIR!!!!!! TAKBIR!!!ALLAAAAAAAHU AKBAR!!!!!!